Pusat Internet 1Malaysia (dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.
Apa Itu Pusat Internet 1Malaysia
Pusat Internet 1Malaysia adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pusat Internet 1Malaysia yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, Pusat Internet 1Malaysia juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang petugas sepenuh masa di Pusat Internet 1Malaysia tersebut.
Melalui Pusat Internet 1Malaysia, komuniti tempatan berpeluang mendapatkan LATIHAN ICT SECARA PERCUMAterutamanya latihan mengenai penggunaan komputer termasuk aplikasi e-kerajaan, e-pembelajaran, dan e-dagang yang telah disediakan. Selain itu, pengunjung berpeluang menggunakan perkhidmatan lain seperti internet, komputer, mencetak, fotokopi,wifi dan laminate dengan harga yang berpatutan.
Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia
- Penyediaan perkhidmatan capaian internet dengan kelajuan sehingga 20Mbps di Pusat Internet 1Malaysia yang terpilih
- Menawarkan Internet jalurlebar yang berpatutan untuk golongan yang berpendapatan rendah
- Menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Latihan ICT Secara Percuma.
Sejarah Pusat Internet 1 Malaysia Pasir Panjang
- Pusat Internet 1 Malaysia Pasir Panjang adalah terletak di Balai Masyarakat Batu 51 Jaya Tali Air 10 Pasir Panjang 45400 Sekinchan Selangor.Sebelum dibangunkan Sebagai Pusat Internet 1 malaysia sebelum ini bangunan yang disediakan adalah sebuah balairaya bagi komuniti penduduk Tali Air 10 Pasir Panjang.