Pengenalan
Pemilik Qasihmajia Enterprise adalah Siti Qurratuaini Binti Mazlan berumur 19 tahun dan tinggal beralamat No. 8-9, Jalan Taliair 10, Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor.Merupakan usahawan sepenuh masa bagi produk jubah handmade. Nama produk adalah jubah qasehmanja.
Latar belakang
Qasehmanja Enterprise telah menjalankan beberapa perniagaan dan perniagaan jubah handmade adalah salah satu produk yang dikeluarkan oleh Qasehmanja Enterprise
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pasir Panjang, mula mendapat sambutan dari penduduk setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Mempelajari cara membuat mempromosikan produk secara online melalui media sosial yang menjadi tumpuan masyarakat kini.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Pusat internet membantu menguruskan perniagaan agar lebih teratur.
- Produk lebih dikenali selepas mempelajari teknik promosi secara online.
