Latar belakang
Pn Rohayati telah menjual isi kerang sejuk beku dan kerang hidup secara kecil-kecilan disekitar kampung Pasir panjang. Mula berniaga sejak 5 tahun yang lalu dan produk dijual dirumah . Kini isi kerang sejuk beku nya mendapat sambutan bukan hanya di sekitar Pasir Panjang malah telah meluaskan pasaran di luar Pasir Panjang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PEDi)
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM1500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Pasir Panjang, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi whatsapp. Pelanggan beliau dari luar kawasan Selangor yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui whatsapp yang di hantar kepada kawan-kawan yang terdekat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB
– Mempelajari teknik promosi melalui Whatsapp
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– PEDi membantu mempromosikan produk
– Memberi kelas tambahan
– Produk lebih dikenali selepas mempelajari teknik promosi secara online.

