

Pengenalan
Perusahaan Khatijah merupakan salah satu perusaha IKS yang terdapat di Pasir Panjang. Perusahaan Khatijah mula beroperasi pada tahun 1994 secara kecil-kecilan atas permintaan penduduk kampung di mana sebelum itu pemilik hanya menghasilkan sos cili dan diberikan kepada jiran-jiran sekitar. Ketika itu, beliau hanya menghasilkan sebanyak ½ kilogram cili kering untuk dijadikan sos tersebut. Namun di atas permintaan kini beliau menghasilkan sebanyak 3 kilogram cili kering sehari untuk dijadikan sos cili tersebut dan pengeluaran beliau kini sebanyak 2400 botol sebulan. Atas usaha gigih beliau dikunjungi oleh pihak pertanian dan beliau diberikan bantuan mesin kisar cili dan mesin mengisi sos ke dalam botol. Perusahaan ini mempunyai 4 orang pekerja sahaja.
Pelanggan bagi perusahaan ini adalah dikalangan penduduk kampung dan orang ramai dari pelbagai negeri yang turut singgah membeli terus di rumah beliau ini kerana pusat jualan adalah terletak dihadapan rumah beliau sahaja. Perusahaan Khatijah juga membekal sos cili di beberapa kedai runcit sekitar Tanjung Karang hingga Sungai Besar.
Perusahaan Khatijah juga turut menghasilkan kerepek ubi kayu di mana beliau mendapatkan bekalan dari penduduk kampung sahaja dan ini secara tidak langsung dapat membantu penduduk kampung menambahkan pendapatan mereka. Antara kerepek ubi yang dihasilkan adalah kerepek ubi biasa dan kerepek ubi pedas.
PROFAIL PERUSAHAAN KHATIJAH
Nama pemilik:
Puan Khatijah Binti Mohamad
Alamat:
No.2, Jalan Pantai, Parit 9, 45400 Sekinchan, Selangor.
No. Telefon:
03-32412290
017-3289409 (H/P)
Produk :
- Sos Cili
- Kerepek Ubi
- Kerepek Ubi Pedas
- Pelbagai kerepek atas permintaan
.