mcmc
Kisah Kejayaan

MUHAMMAD ADHAM HATTA BIN MOHAMAD MUZAKIR

Latar belakang

Muhammad Adham Hatta merupakan seorang pelajar tingkatan empat yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan. Sejak kecil, beliau menunjukkan minat mendalam terhadap dunia digital dan permainan video. Minat ini semakin berkembang apabila beliau mula mengenali permainan berasaskan strategi seperti Mobile Legends, di mana beliau sering menunjukkan kemahiran kepimpinan dan kecekapan membuat keputusan dalam permainan berpasukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum terlibat dengan NADI, Adham bermain permainan video secara individu tanpa bimbingan atau hala tuju yang jelas. Beliau tidak mempunyai akses kepada kemudahan ICT yang lengkap, dan tidak menyedari potensi E-Sukan sebagai satu platform untuk meningkatkan kemahiran insaniah atau sebagai peluang kerjaya masa depan. Permainannya juga lebih kepada hiburan tanpa kawalan masa yang seimbang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Melalui penglibatan dengan NADI Pasir Panjang, Adham telah menyertai program E-Sukan Mobile Legends pasukan M3N Shine. Beliau mempelajari kemahiran kerja berpasukan dan strategi permainan kompetitif. Dengan kemudahan ICT yang lengkap dan sokongan pusat, beliau berjaya mengetuai pasukan dalam beberapa kejohanan serta menjadi contoh positif kepada rakan sebaya dalam menjadikan E-Sukan sebagai aktiviti yang membina.

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • Sosial Media Alaf Baru – Mempelajari penggunaan media sosial secara positif dan berkesan.
  • Kesihatan Mental Pemain E-Sukan – Memahami kepentingan menjaga emosi dan mengurus tekanan ketika bermain.
  • Asas Media Sosial Untuk Pemain MLBB – Mempelajari cara menggunakan media sosial untuk berkongsi kandungan dan membina komuniti MLBB.

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Akses kepada Kemudahan ICT – NADI menyediakan peralatan seperti komputer, perisian, dan internet berkelajuan tinggi yang membolehkan Adham berlatih dan menyertai pertandingan dalam talian tanpa gangguan.
  • Latihan dan Bimbingan E-Sukan – Melalui bimbingan daripada fasilitator berpengalaman, Adham memperolehi pengetahuan tentang pengurusan pasukan, penggunaan teknologi dalam permainan, dan teknik pengoptimuman permainan dalam talian.

Pembelajaran Berterusan dalam Teknologi Digital – NADI juga menawarkan latihan berterusan dalam teknologi digital, membantu pelajar memahami dunia ICT yang lebih luas dan aplikasi dalam E-Sukan, serta mempersiapkan mereka untuk cabaran digital masa depan.