PEDi Pasir Panjang, Selangor adalah satu pendekatan kerajaan dalam merapatkan jurang digital komuniti luar bandar dalam meningkatkan pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini, diharap agar komuniti setempat dapat didedahkan dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi Maklumat. Projek PEDi ini adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM.Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 PEDi rintis untuk Fasa Rintis, 73 PEDi untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 36 PEDi untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
OBJEKTIF PEDi PASIR PANJANG
Kemudahan akses internet secara kolektif
Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luarbandar setaraf dengan bandar
Kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
Menyumbang kearah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luarbandar
Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur lebar Kebangsaan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Percetakan (Printer)
- Photostat
- Pengimbas (Scanner)
- Laminating
- Binding
- Pembayaran Bil
- Top up
- Internet
- Kursus / Kelas
CAJ PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
