|
Tarikh : 09 September 2018 Masa : 9.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Pasir Panjang Peserta : 117 Orang |
Tujuan
Program Hari Bersama Komuniti 2018 Pusat Internet Pasir Panjang adalah satu program untuk komuniti setempat bagi memberi pendedahan mengenai IT serta mempromosikan Pusat Internet (PI) Pasir Panjang. Program ini memberi kebaikan kepada semua golongan masyarakat sekitar PI Pasir Panjang antaranya kepada pelajar-pelajar tabika, pelajar pendidikan khas pelajar SMK Dato’ Mustaffa serta ibu bapa pelajar yang hadir ketika program serta tidak ketinggalan juga kepada golongan warga emas. Kehadiran mereka ke program ini juga telah menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai Dashboard Komuniti dan fungsinya, kempen Klik Dengan Bijak, kempen Mobile E-Waste serta kempen Sebenarnya.my
Aktiviti
Pengunjung mendengar penerangan dan taklimat dashboard komuniti dan advokasi oleh Pengurus Pusat internet Pasir Panjang.Disamping itu kelas perkakasan dan perisian komputer dan pertandingan lain seperti pertandingan puzzle online, pertandingan masakan, pertandingan tiup belon dan pertandingan bowling kelapa.Pemeriksaan kesihatan percuma juga telah diadakan pada program tersebut.