mcmc
JKKK

JKKK

 

Pentadbiran kampung dilaksanakan melalui satu jawatankuasa yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan ahlinya yang seramai 18 orang dan dipengerusikan oleh ketua kampung.

Terdapat juga badan-badan sukarela dibawah penyelarasan JKKK dan Tuan Penghulu Mukim sebagai penasihatnya. Di dalam JKKK ini pula dibentuk beberapa biro seperti :

  • Biro Ekonomi
  • Biro Kepimpinan
  • Biro Pertanian dan Ternakan Haiwan
  • Biro Kretiviti dan Penyertaan Penduduk
  • Biro Pendidikan dan Kerjaya
  • Unit Persatuan Nelayan (Biro Nelayan)
  • Biro Agama dan Kerohanian
  • Biro Kebersihan dan Keceriaan

 

Bagi melancarkan pentadbiran JKKK, beberapa jawatankuasa sokongan telah diwujudkan. Jawatankuasa ini bertujuan untuk menjalankan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutama di dalam majlis kenduri-kendara, kematian dan sebagainya. Pentadbiran JKKK Pasir Panjang ini terbahagi kepada 6 kariah iaitu :

  • Jawatankuasa kariah Desa Tengah
  • Jawatankuasa kariah Desa Wawasan
  • Jawatankuasa kariah Desa Jaya
  • Jawatankuasa kariah Pekan Pasir Panjang
  • Jawatankuasa kariah Desa Warisan
  • Jawatankuasa kariah Desa Makmur

 

Selain itu diwujudkan badan-badan sukarela seperti :

  • Pertubuhan Politik (UMNO)
  • Pertubuhan Wanita (WI)
  • Pertubuhan Belia 4B
  • Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG)
  • Keb/Sek.Men. dan Agama)
  • Jawatankuasa Khairat di setiap kariah
  • Jawatankuasa Masjid dan Surau

 

Struktur Organisasi JKKK

Pengerusi            : Tuan Hj. Daiman bin Wahab

Tim. Pengerusi    : Hj. Adnan bin Raji

Setiausaha          : Hj. Maslori bin Masder

Bendahari           : Hj. Sairi bin Ahmad

AJK                         : Hj. Saron bin Parmin

                                  Hj. Kosnon bin Daud

                                  Hj. Khairani bin Arsad

                                  Jasmin bin Othman

                                  Surasa bin Darmo

                                  Jasmani bin Ponio

                                  Kamaluddin bin Mohamad

                                  Nordin bin Ariffin

                                  Miswan bin Nasir

                                  Hjh. Junariah binti Md. Nor

                                  Hjh. Maisayah binti Md. Anuar

Sumber dari ketua kampung