Latar belakang
En Roslan adalah seorang pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam yang bertugas di Sungai Besar. Beliau mengikuti kursus komputer yang diarahkan oleh pihak MDSB. Setelah mengetahui fungsi Pusat Internet beliau berminat untuk belajar komputer kerana baginya pengetahuan mengenai komputer dan internet adalah sangat perlu pada dunia kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh PEDi Pasir Panjang, beliau kini telah mahir menggunakan komponen komputer serta kini telah mahir menggunakan Microsoft Word bagi menaip surat atau mengisi borang overtime yang diperlukan bagi setiap pekerja luar MDSB.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
– Mempelajari cara penggunaan komputer.
– Mempelajari cara mencari maklumat secara betul dan berhemah.
– Mempelajari Ms. Office bagaimana untuk menaip surat dan sebagainya.
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– PEDi membantu kenali dunia ICT
– Memberi kelas tambahan serta membuat latihan bagi memahirkan penggunaan komputer.
Menghasilkan laporan yang diperlukan oleh MDSB

Maklumbalas
Pengurus / Penolong Pengurus PEDi Pasir Panjang banyak membantu saya dalam mempelajari ICT dan mereka memberi tunjuk ajar sehingga saya faham dan dapat menggunakan komputer sehingga mahir.
