mcmc
Kisah Kejayaan

Puan Jamaliah binti Sulaiman

Pengenalan

Puan Jamaliah binti Sulaiman berumur 40 tahun dan tinggal di  kampung Tali Air 10, Pasir Panjang.Tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja sebagai usahawan secara sambilan.

 

Kisah Kejayaan Puan Jamaliah binti Sulaiman

Beliau mula mempelajari serba sedikit tentang bagaimana cara untuk memasarkan perniagaan IKS beliau menggunakan internet dengan mempelajari membuat blog dan Facebook kerana di dunia kini masyarakat mula memasarkan produk dengan mudah hanya menggunakan internet dan tanpa memerlukan modal yang tinggi.

Beliau juga percaya dengan cara pemasaran menggunakan internet ini dapat meningkatkan jualan produk IKS beliau.Beliau mula menghasilkan blog bagi memasarkan produk-produk IKS beliau di alam maya dan beliau juga mula mempromosikan produk dengan rakan-rakan Facebook. Beliau percaya dengan usaha ini beliau dapat memperbaiki hidup beliau agar ke arah yang lebih baik.

Selain itu, beliau kini aktif dalam memasarkan produk melalui aplikasi whatsapp dan sejak itu penjualan produk beliau semakin mendapat sambutan.Beliau juga turut mempromosikan salah satu produk iaitu Popia BBQ di dalam aplikasi terbaru PEDi iaitu aplikasi Dashboard MyShop dan beliau amat bersyukur kerana dapat mempromosikan produk beliau di dalam aplikasi tersebut yang boleh di akses di seluruh negeri. Beliau juga berharap dengan adanya platform ini dapat memajukan perniagaan beliau dan membantu mengubahkan ekonomi keluarga beliau dan juga masyarakat setempat.

 

Maklumbalas Beliau Berkenaan PEDi Pasir Panjang

Cadangan beliau adalah agar PEDi Pasir Panjang dapat menganjurkan karnival usahawan IKS agar usahawan dapat mempromosikan produk mereka di dalam aplikasi Dashboard MyShop.

 

jamaliah2

jamaliah3