Pengenalan
Puan Khatijah binti Kahar merupakan penduduk tetap penduduk kampung Pasir Panjang.Beliau berumur 64 tahun.taraf pendidikan adalah tahap Sekolah Menengah dan merupakan suri rumah sepenuh masa.
Kejayaan Beliau
Beliau seorang warga emas yang kurang celik tentang IT tetapi kini beliau berjaya menggunakan komputer dengan sendiri tanpa pengawasan petugas PEDi Pasir Panjang lagi.Beliau juga sudah berjaya menamatkan kelas asas komputer seperti Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
Selain itu, beliau juga belajar membuat facebook dan blog untuk mencari kenalan lama dan menjadikan blog sebagai diari alam maya.Beliau mula membuat facebook bagi mencari rakan-rakan facebook serta telah mengikuti Latihan Keusahawanan Percuma di PEDi Pasir Panjang dengan mempelajari pelbagai jenis medium pengiklanan serta promosi yang boleh lakukan menggunakan internet.
Beliau percaya dengan usaha ini saya dapat memperbaiki hidup ke arah yang lebih baik dan semua ini adalah berkat usaha serta keinginan yang tinggi untuk belajar IT dan berkat usaha petugas yang sabar mengajar.
Maklumbalas Beliau Berkenaan Kemudahan PEDi Pasir Panjang
Sebuah pusat IT yang mendatangkan pelbagai faedah dan kebaikan serta dapat menambah ilmu mengenai teknologi seiring dengan era kemodenan dunia kini.
Fasiliti yang lengkap serta kemudahan yang pelbagai serta fasiliti yang berteknologi tinggi yang disediakan untuk kemudahan penduduk kampung agar dapat menghubungkan penduduk bandar dengan luar bandar.
Menyediakan pelbagai kelas serta aktiviti yang menarik agar dapat menarik minat masyarakat setempat untuk berkunjung ke PEDi.

