Pentadbiran kampung dilaksanakan melalui satu jawatankuasa yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan ahlinya yang seramai 18 orang dan dipengerusikan oleh ketua kampung.
Terdapat juga badan-badan sukarela dibawah penyelarasan JKKK dan Tuan Penghulu Mukim sebagai penasihatnya. Di dalam JKKK ini pula dibentuk beberapa biro seperti :
- Biro Ekonomi
- Biro Kepimpinan
- Biro Pertanian dan Ternakan Haiwan
- Biro Kretiviti dan Penyertaan Penduduk
- Biro Pendidikan dan Kerjaya
- Unit Persatuan Nelayan (Biro Nelayan)
- Biro Agama dan Kerohanian
- Biro Kebersihan dan Keceriaan
Bagi melancarkan pentadbiran JKKK, beberapa jawatankuasa sokongan telah diwujudkan. Jawatankuasa ini bertujuan untuk menjalankan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutama di dalam majlis kenduri-kendara, kematian dan sebagainya. Pentadbiran JKKK Pasir Panjang ini terbahagi kepada 6 kariah iaitu :
- Jawatankuasa kariah Desa Tengah
- Jawatankuasa kariah Desa Wawasan
- Jawatankuasa kariah Desa Jaya
- Jawatankuasa kariah Pekan Pasir Panjang
- Jawatankuasa kariah Desa Warisan
- Jawatankuasa kariah Desa Makmur
Selain itu diwujudkan badan-badan sukarela seperti :
- Pertubuhan Politik (UMNO)
- Pertubuhan Wanita (WI)
- Pertubuhan Belia 4B
- Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG)
- Keb/Sek.Men. dan Agama)
- Jawatankuasa Khairat di setiap kariah
- Jawatankuasa Masjid dan Surau
Struktur Organisasi JKKK
Pengerusi : Tuan Hj. Daiman bin Wahab
Tim. Pengerusi : Hj. Adnan bin Raji
Setiausaha : Hj. Maslori bin Masder
Bendahari : Hj. Sairi bin Ahmad
AJK : Hj. Saron bin Parmin
Hj. Kosnon bin Daud
Hj. Khairani bin Arsad
Jasmin bin Othman
Surasa bin Darmo
Jasmani bin Ponio
Kamaluddin bin Mohamad
Nordin bin Ariffin
Miswan bin Nasir
Hjh. Junariah binti Md. Nor
Hjh. Maisayah binti Md. Anuar
Sumber dari ketua kampung