Latar belakang
Puan Noraini Binti Ibrahim adalah surirumah sepenuh masa dan mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk Jamu Ratu Malaya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pasir Panjang, mula mendapat sambutan dari penduduk setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM800.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Mempelajari cara membuat mempromosikan produk secara online melalui media sosial yang menjadi tumpuan masyarakat kini.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Pusat Internet membantu menguruskan perniagaan agar lebih teratur.
Produk lebih dikenali selepas mempelajari teknik promosi secara online

