Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa
Pengenalan
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa atau nama ringkasnya SMK Dato Mustaffa atau lebih dikenali sebagai SDM dikalangan penduduk kampung Pasir Panjang. Ia merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah, Pasir Panjang.
Pembukaan : 1 Januari 1968
Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa
Jalan Sekolah, Pasir Panjang
Selangor, Malaysia
Telefon : 0332410337
Fax : 332415044
Sejarah
Sekolah ini tertubuh hasil daripada rentetan beberapa peristiwa iaitu pertamanya, kesedaran kepada kepentingan kemajuan anak bangsa segolongan ahli masyarakat. Kedua, usaha yang giat ahli politik tempatan. Kedua-duanya saling berkaitan untuk menjayakan penubuhan sekolah ini. Dalam mesyuarat Cawangan Pasir Panjang, satu usul telah diterima iaitu permohonan sebuah sekolah menengah. Melalui Ahli Parlimen Bahagian Sabak Bernam yang ketika itu ialah Dato’ Haji Mustaffa bin Jabar permohonan ini telah dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran. Akhirnya kelulusan diperolehi.
Pada 14 Mac 1965, lahirlah Darjah Menengah Kebangsaan di Pasir Panjang. Melalui perbincangan dan persetujuan antara Kementerian Pelajaran dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, sebahagian dari bangunan sekolah rendah ini digunakan sementara untuk sekolah ini walaupun pada peringkat awal terdapat sedikit kerumitan.
Berbagai usaha telah dijalankan untuk mendapatkan bangunan baru. Dengan kerjasama sekali lagi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, padang sekolahnya telah diserahkan sebagai tapak baru. Pembinaan telah dimulakan pada tahun 1966. Pada tahun 1967 bangunan sendiri yang telah dipohon siap digunakan dan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP ) pertama kali telah dijalankan di sini dengan pencapaian 64%. Pada tahun 1982 sekolah ini mempunyai seramai 1250 orang pelajar dan merupakan teramai dalam sejarahnya. Bangunan baru telah digunakan pada penggal ketiga tahun 1967. Bekalan elektrik telah diterima pada tahun 1980 manakala bekalan air paip pada tahun 1985. Pada 1 Januari 1968 bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran pada ketika itu.
Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Dato_Mustaffa

Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang
Pengenalan
Sekolah Agama Menengah Pasir Panjangatau nama ringkasnyaSAM Pasir Panjang (SAMPP), merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Tali Air 10 Pasir Panjang.
Pembukaan : 25hb April 1970
Alamat : Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang
Tali Air 10 Pasir Panjang
Selangor, Malaysia
Telefon : 03-32410314
Sejarah
Pada tahun 1964, beberapa orang Jawatankuasa Kampung Pasir Panjang telah berbincang dan mengambil keputusan untuk membuka kelas agama dan akhirnya bermulalah persekolahan di serambi masjid bermula dengan empat (4) kelas dan bilangan pelajar seramai 80 orang. Kelas di serambi masjid ini tidak kekal lama apabila Tuan Hj Omar bin Said ( ketua kampung ) pada ketika itu memindahkan kelas tersebut ke rumah Tuan Hj Omar bin Said (bekas ketua kampung). Tindakan ini diambil bersama Pengerusi Penubuhan Sekolah Tuan Hj Lokman bin Yusof dan beberapa jawatankuasa kampung yang lain dan bermulalah sesi persekolahan dengan dipimpin oleh Ustazah Muzaiyanah binti Akhyak sebagai Guru Besar pertama sejak 1964 hingga 1968 dengan bilangan pelajar seramai 80 orang.
Dari tahun 1968 hingga 1970, pengajaran terus dijalankan dan Guru Besar disandang pula oleh Tuan Hj Ismail bin Said dengan bilangan pelajar bertambah kepada 100 orang. Pada ketika itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Agama Pasir Panjang sahaja.
Pada tahun 1970 apabila bangunan baru siap dibina dan mengandungi 6 kelas dan telah dirasmikan oleh YB Encik Ghafar bin Baba Menteri Pembangunan dan Luar Bandar pada ketika itu, iaitu pada 25hb April 1970 bersamaan 19hb Safar 1390. Sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Agama Khas dan telah menarik minat orang ramai untuk memasukkan anak-anak belajar agama dan akhirnya menambah bilangan pelajar kepada 190 orang. Pada masa itu Guru Besarnya ialah Tuan Hj Ismail bin Said ( 1970 – 1978).
Pada 2hb Januari 1979 sekolah agama ini sekali lagi telah dinaikkan taraf kepada nama Sekolah Agama Menengah Rendah dan Tuan Hj Ismail bin Said terus memegang jawatan peneraju hingga 31hb Disember 1983.
Pada 31hb Disember 1983, Tuan Hj Ismail bin Said telah sampai persaraan wajibnya, maka pada 3hb Januari 1984 Tuan Hj Marwan bin Kasikon telah ditugaskan untuk mengambil alih tugas Guru Besar pada ketika itu.
Tuan Hj Ismail bin Said telah memegang jawatan sebagai Guru Besar di sekolah ini selama 15 tahun 11 bulan 30 hari. Manakala Ustazah Muzaiyanah binti Akhyak berkhidmat selama 4 tahun 11 bulan 30 hari. Tugas ini terus disambung oleh Ustaz Marwan bin Kasikon sebagai Guru Besar hingga 31 Disember 1993.
Pada 1hb Januari 1994 sekali lagi sekolah ini dinaikkan taraf kepada Sekolah Agama Menengah Pekan Pasir Panjang dan Guru Besar dinaikkan taraf kepada Pengetua. Tuan Hj Marwan bin Kasikon terus memegang jawatan Pengetua hingga 15hb Ogos 1994, di mana beliau berpindah ke Sekolah Agama Menengah Sungai Hj Dorani. Beliau ( Tuan Hj Marwan bin Kasikon ) telah berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun 7 bulan 12 hari. Pada masa beliau menerajui sekolah ini bangunan baru telah dapat dibina dan disiapkan iaitu pada 29hb Mei 1989 telah diserahkan kepada sekolah Bangunan 2 blok 2 Tingkat dan 3 Tingkat yang mengandungi 7 kelas 1 makmal, 1 kelas KHB, Bilik Pusat Sumber, Bilik guru dan Pejabat Pentadbiran telah diwujudkan. Beliau terus berkhidmat di sekolah ini hingga 15hb Ogos 1994 dengan bilangan pelajar seramai 380 orang.
Pada 16hb Ogos 1994 tugas ini telah diamanahkan kepada Tuan Hj Abdullah Salleh bin Hj Sulaiman hingga 31hb Oktober 2000 dengan kakitangan guru seramai 29 orang dan kakitangan sokongan seramai 7 orang telah mengorak langkah dengan bilangan pelajar 540 orang. Perancangan demi perancangan telah disusun pada masa Ustaz Hj Marwan bin Kasikon yang berkhidmat sebagai pengetua dari 01hb November 2000 hingga 31hb Disember 2004 untuk menaikkan taraf kepada SAMT (Sekolah Agama Menengah Tinggi) dengan pertambahan kelas, kakitangan, pelajar, guru dan sebagainya, telah disusun dengan rapi. Tidak ketinggalan keperluan fizikal yang lengkap untuk bangunan sekolah, Dewan Besar, Rumah Pengetua, Rumah Warden, Rumah Kakitangan dan lain-lain dirancang dan tempatnya telah pasti, iaitu di Taliair 10 Pasir Panjang. Kedudukannya yang di tepi pantai dan jauh dari hiruk pikuk kenderaan atau lalu-lintas menjadikan sekolah ini amat kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
Pada 01 Januari 2005 hingga 22 September 2005 SAM Pasir Panjang telah ditadbir pula oleh pengetua baru, iaitu Ustaz Mohd Dawam bin Dolah. Walaupun usia perkhidmatan beliau di sekolah ini amat singkat, namun beliau amat komited dan telah berusaha memajukan sekolah ini sama ada dari aspek akademik, ko-kurikulum mahupun sahsiah pelajar.
Mulai 01hb Oktober 2005 pula, sekolah ini ditadbir oleh Puan Hajah Fauziah bt Mohd Saleh, iaitu pengetua yang berkhidmat sehingga ke saat ini. 01hb November 2007 telah mengubah tampuk pentadbiran di mana sekolah ini dengan rasminya menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Melalui pendaftaran sekolah dengan pihak kementerian, maka pentadbiran sekolah ini adalah terletak di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih berkuasa di atas tanah dan bangunan serta pelaksanaan Kurikulum Agama (Kurikulum Al-Azhar). Buat ketika ini, SAM Pasir Panjang melaksanakan dua (2) jenis kurikulum, iaitu Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Al-Azhar.
Adalah menjadi harapan agar hasrat sekolah dan masyarakat setempat untuk pembangunan asrama putera dan puteri menjadi kenyataan. Perjuangan untuk pembinaan bangunan asrama sedang dilakukan oleh pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Mudah-mudahan Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang akan muncul sebagai sekolah yang cemerlang menjelang tahun 2013 serta memenuhi aspirasi masyarakat dan negara.
Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Agama_Menengah_Pasir_Panjang

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang terletak di Jalan Sekolah pekan Pasir Panjang iaitu bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa.
Alamat : Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Pasir Panjang, Selangor, Malaysia
Telefon : 0332410582
Fax : 0332410582
Sekolah Rendah Agama Pasir Panjang
Pengenalan
Sekolah Rendah Agama Pasir Panjang terletak di Jalan Sekolah pekan Pasir Panjang. Sekolah ini menyediakan pendidikan yang berkaitan agama dan sekolah ini mempunyai pelajar dari darjah 1 hingga 6.
