mcmc
Kisah Kejayaan

PUAN JAMALIAH BINTI SULAIMAN (PESERTA MAHIR MASAK)

Latar belakang

Puan Jamaliah merupakan seorang usahawan kecil yang memulakan perniagaan dengan menjual popia BBQ dan jeli kelapa secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Pasir Panjang. Beliau telah berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak 13 tahun yang lalu dengan menjalankan jualan dari rumah. Seiring dengan pengalaman dan sokongan pelanggan setia, Puan Jamaliah kini mengembangkan usahanya dengan memperkenalkan produk makanan segera baharu iaitu pizza homemade, sebagai usaha menambah kepelbagaian pilihan makanan kepada pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengikuti kelas NADI Mahir iaitu Mahir Masak Sesi 2, perniagaan Puan Jamaliah hanya dikenali oleh penduduk sekitar Kampung Pasir Panjang kerana dijalankan secara kecil-kecilan dari rumah tanpa sebarang medium promosi yang meluas. Pelanggan beliau kebanyakannya terdiri daripada jiran, saudara mara serta kenalan terdekat yang mengetahui kewujudan produk melalui hebahan mulut ke mulut. Pada ketika itu, beliau telah pun menjual beberapa jenis produk makanan termasuk popia BBQ, jeli kelapa serta pizza homemade, namun kemahirannya masih terbatas dan dijalankan secara tradisional tanpa banyak penambahbaikan.

Selepas mengikuti kelas NADI Mahir Masak Sesi 2, Puan Jamaliah berjaya menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang masakan. Ilmu yang diperoleh membantu beliau memperbaiki kualiti rasa, kaedah penyediaan serta kepelbagaian resipi pizza homemade yang dijual. Hal ini menjadikan produk beliau lebih menarik dan mampu meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perniagaannya.

Apa yang dipelajari melalui NADI

Penyediaan makanan dan minuman
Peserta didedahkan dengan teknik asas dan praktikal dalam menyediakan hidangan serta minuman dengan lebih sistematik dan berkualiti.

Sanitasi dan keselamatan makanan
Penekanan terhadap aspek kebersihan, cara pengendalian bahan mentah, serta langkah keselamatan dalam proses penyediaan makanan untuk menjamin kualiti dan kesihatan pengguna.

Resipi masakan Barat
Peserta mempelajari resipi hidangan Barat yang popular seperti pasta, stik, sup dan hidangan moden yang boleh dijadikan tarikan baharu dalam perniagaan makanan.

Resipi masakan Nyonya
Pendedahan kepada masakan tradisional Nyonya yang unik dari segi rasa dan teknik penyediaannya, sebagai nilai tambah dalam kepelbagaian menu.

Penyediaan roti, pastri dan minuman kafe
Peserta diajar teknik pembuatan roti dan pastri serta cara menyediakan minuman kafe seperti kopi, latte, dan minuman moden lain yang digemari pelanggan masa kini.

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Memberi pendedahan penggunaan ICT untuk promosi melalui media sosial & platform digital.
  • Meluaskan pasaran perniagaan melepasi pelanggan sekitar.
  • Menyediakan kursus kemahiran seperti Mahir Masak untuk menambah ilmu & resipi baharu.
  • Menekankan aspek kebersihan, keselamatan & standard penyediaan makanan.

Meningkatkan keyakinan, kreativiti & daya saing usahawan kecil.