mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

 

Masjid As-Saidiah

Masjid As-Saidiah ini terletak di Pekan Pasir Panjang dan ia merupakan masjid utama yang digunakan oleh penduduk Pasir Panjang. Masjid ini terletak di tepi jalan besar dan sering juga dikunjungi oleh pengguna yang melalui jalan utama Klang Sabak Bernam ini.

 

Fungsi :

 

  • Tempat solat berjemaah
  • Solat Jumaat
  • Mengadakan majlis- majlis ilmu

 

PROFAIL MASJID

Nama masjid: Masjid As-Saidiah

Alamat Masjid: Bt 50 Pekan Pasir Panjang, 45400 Sekinchan ,45400

Bandar: Sekinchan

Daerah: Sabak Bernam

Kategori Masjid: Kariah

Pengasas: Hj Said bin Abu

Perasmi: DYMM Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah

Tarikh : Dibina pada:1990-01-01 Perasmian pada:

Kapasiti: 1000 Orang Keluasan:0.6 Ekar

Masjid di Utara:

Masjid As Masjid As Siraj Batu 23, 4KM

Masjid di Selatan:

Masjid Tali Air 7 Sg. Leman, 5KM

Masjid di Barat:

Masjid Baitur Rahman , 4KM

Masjid di Timur:

 

JAWATAN

 

1. ELLIAS BIN HASHIM

Nazir

 

2. NASRI BIN JAJULI

Imam I

 

3. AHMAD BIN TASNO

Imam II

 

4. DAIMAN BIN WAHAB

Bilal I

 

5. MOHAMMAD BIN JAMRI

Bilal II

 

6. MAT DASUKI BIN MUNANGIN

Siak I

 

7. MOHD SALIM BIN KAIMI

Siak II

 

8. MISRIN BIN SAIMAN

Timbalan Nazir

 

9. KADER BIN SHAMSUDIN

Setiausaha

 

10. MASLORI BIN MASDAR

Penolong Setiausaha

 

11. ZAKARIA BIN KAMARUDDIN

Bendahari

 

12. KAMARUDIN BIN YUSOF

AJK

 

13. SURATIN BIN JALIL

AJK

 

14. MUHAMAD KHALID B. BAJURI

AJK

 

15. AZAMUDIN BIN HASSAN

AJK

 

16. MOHAMAD BIN BARJI

AJK

 

17. YAHYA BIN KADAR

AJK

 

18. SUMADI BIN SUBARI

Wakil Pemuda

 

19. SITI HAJAR BIN MIN

Wakil Wanita

 

20. HASLAN BIN WAGIMAN

Pemeriksa Kira-kira I

 

21. ISHAK BIN OSMAN

Pemeriksa Kira-kira II

Sumber dari http://e-masjid.jais.gov.my

 

 

 

Dewan Dato Muhd Fauzi

Dewan ini terletak di Pekan Pasir Panjang dan ia merupakan tempat di mana penduduk menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung setempat seperti mesyuarat, mengadakan pelbagai majlis dan juga aktiviti sukan seperti badminton. Dewan ini terletak di sebelah jalan utama di Pekan Pasir Panjang dan di kawasan dewan juga terdapat gelanggang badminton untuk kemudahan bersukan bagi penduduk kampung.

Kegunaan/Fungsi

  • Mesyuarat
  • Jamuan Makan
  • Badminton

 

Kemudahan Asas

  • Tandas
  • Gelanggang Badminton

 

Sumber dari ketua kampung

 

 

 

Pondok Menunggu Bas

 

Kemudahan lain yang disediakan di Pasir Panjang adalah pondok menunggu bas di mana ia terletak berhampiran masjid As-Saidiah iaitu di Pekan Pasir Panjang

 

 

 

 

 

 

Kedai

Kemudahan asas lain yang terdapat di Pasir Panjang adalah kedai runcit, kedai dobi, kedai makan dan pelbagai lagi. Kedai-kedai tersebut terletak di pekan Pasir Panjang dan ia memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan keperluan tanpa perlu pergi ke bandar. 

 

 

 

Pasar Nelayan

Di Pasir Panjang juga terdapat kemudahan pasar nelayan di mana di situ adalah tempat penduduk kampung untuk membeli ikan segar yang baru di tangkap oleh nelayan. Pasar tersebut terletak di Jalan Sekolah di tepi jeti Pasir Panjang. 

 

 

Sumber dari tinjauan