mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

 

Aal D’Tona Chalet & Restaurant

Aal D’Tona Chalet & Restaurant merupakan sebuah chalet yang dibina di Parit 9, Pasir Panjang yang telah beroperasi hampir setahun. Chalet ini terletak di tepi jalan besar laluan Klang teluk Intan. Chalet ini mempunyai tarikan menarik di mana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dan pengusaha chalet ini amat mementingkan kepuasan pelanggan mereka dengan menyediakan kemudahan yang terbaik. Kebanyakkan pelanggan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Keistimewaan chalet ini adalah mempunyai pemandangan yang cantik dan pelanggan diberikan kemudahan untuk memancing bagi sesiapa yang berminat. Pada pelanggan yang ingin menikmati suasana kampung amat sesuai untuk berkunjung ke chalet ini. Kini chalet Aal D’Tona sedang dalam menyiapkan 3 buah chalet yang berkonsepkan kayu seperti rumah kampung di mana 2 buah berkonsepkan bilik dan sebuah lagi berkonsepkan rumah dan dijangka akan siap dalam tempoh sebulan lagi.

Kadar sewa bilik :

  1. RM 70 sehari (Astro)
  2. RM 60 sehari

*penambahan tilam atau bantal tidak dikenakan bayaran.

Kemudahan yang disediakan:

  • 5 unit bilik
  • Kolam memancing
  • Tempat berehat
  • Restoran
  • Ruang dan kelengkapan aktiviti BBQ  

 

 

 

PROFAIL Aal D’Tona Chalet & Restaurant

 

Nama pemilik:

Encik Ariffin Bin Sarin

 

Alamat:

9197-A Jalan Besar Batu 49 ½, Parit 9, Kg. Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor

 

No. Telefon:

019-5152286 (En. Ariffin)

017-2250853 (En . Azhar)

016-9134604 (Pn. Mimie)

 

 

 

 

Nisan World

Pengenalan

Di Pasir Panjang amat terkenal dengan perusahaan batu nisan dan kepok pusara dan salah satu pengusaha tersebut adalah Nisan World. Perusahaan ini menjalankan peniagaan tempahan batu nisan dan kapok pusara yang diusahakan oleh anak tempatan Pasir Panjang sendiri. Perusahaan ini menyediakan pelbagai jenis batu nisan dan pelbagai jenis nisan mengikut permintaan pelanggan. Nisan World terletak di sebelah jalan besar Klang teluk Intan sebelum pekan Pasir Panjang. 

 

PROFAIL nisan world

 

Nama pemilik:

Encik Mohd Azhar Bin Hj. Sadan

 

Alamat:

Lot 683, Tali Air 9, Pasir panjang, 45400 Sekinchan, Selangor

 

No. Telefon:

019-2602398

 

Website :

http://www.nisanworld.com/index.php

 

Email :

azhar@nisanworld.com

 

Produk :

Batu nisan dan kepok pusara

 

Sumber dari pengusaha Perusahaan Khatijah, pemilik Aal D’Tona Chalet & Restaurant & pengusaha NisanWorld.