mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Januari : PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU, SUNGAI BESAR

 

Tarikh       :  23 Januari 2024

 Masa       :  8.00 pagi – 1.00 petang

 Lokasi     :  Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar

 Peserta   :  419 Orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk memperkenalkan peranan dan kelebihan PEDi kepada warga pendidik dan pelajar sekolah dan memberi pembelajaran asas pengenalan komputer kepada pelajar sekolah rendah.Selain itu melahirkan golongan celik it yang menggunakan teknologi dengan bijak dan memberi kesedaran menggunakan internet dan teknologi ke arah kebaikan.Membantu pelajar mempelajari kemahiran ict yang penting dalam era digital ini untuk memperluaskan kemahiran ict dan penggunaan komputer kepada pelajar demi pembelajaran yang lebih interaktif dan merangsang minda pelajar.  

 

 

Aktiviti

                          • Taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) yang menyentuh topik Online Gamingdan Buli Siber yang disampaikan oleh Pengurus PEDi SB Perdana,  PEDi Bagan Nakhoda Omar serta PEDi Batu 1 Sapintas.
                          • Seterusnya, sesi kuiz diadakan bagi menguji pemahaman peserta mengenai topik yang disampaikan yang diketuai pengurus PEDi Sg Haji Dorani, pengurus PEDi Tebuk Haji Yusuf, pengurus PEDi Kg Tengah Peket 100 dan pengurus PEDi Sungai Panjang.Program diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Hussin (Guru Besar SK Sunagi Limau) kepada petugas PEDi.Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga SK Sungai Limau, Sungai Besar

 

Klik Untuk Lihat Gambar