Latar belakang
Muhammad Halimi Imdad Bin Md Yusof adalah seorang pelajar sekolah rendah di S.K Parit 12 Sungai Nibong dan menetap di Pasir Panjang. Beliau mengikuti kursus komputer atas minat beliau sendiri serta mengikuti E-Tuisyen yang PEDi anjurkan. Sebelum ini beliau tidak mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai komputer dan internet dan hanya mengetahui serba sedikit cara penggunaan komputer dan internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDi Pasir Panjang, beliau kurang mengetahui cara penggunaan komputer dan internet dengan cara yang betul dan beliau juga tidak mendapat pendedahan cara melayari internet dengan bijak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh PEDi Pasir Panjang, beliau kini telah mahir menggunakan komputer serta kini telah mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excell, Powerpoint dan aplikasi lain seperti mahir menggunakan enjin carian google dan mengikuti E-Tuisyen yang dianjurkan oleh PEDi melalui zoom. Beliau mengikuti program E-Tuisyen di PEDi Pasir Panjang sejak 2020 sehingga kini dan terdapat peningkatan dalam pembelajarannya setelah mengikuti program tersebut.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
Mempelajari cara penggunaan komputer.
Mempelajari cara mencari maklumat secara betul dan berhemah.
- Mempelajari Ms. Office bagaimana untuk menaip surat dan sebagainya.
- Mengikuti program E-Tuisyen yang dianjurkan pihak PEDi.
