mcmc
Kisah Kejayaan

Puan Masamah Binti Ahmad

 

Latar belakang

Pn Masamah adalah seorang warga emas yang menetap berhampiran PEDi Pasir Panjang. Beliau tertarik dengan kewujudan PEDi dan hadir sendiri ke PEDi dengan niat ingin mengetahui fungsi kewujudan PEDi. Setelah mengetahui fungsi PEDi beliau berminat untuk belajar komputer kerana baginya pengetahuan mengenai komputer dan internet adalah sangat perlu pada dunia kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh PEDi Pasir Panjang, beliau kini telah mahir mencari resepi-resepi baru yang menarik bagi menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar tabika memandangkan beliau seorang tukang masak di tabika di Pasir Panjang.

 

Apa yang dipelajari melalui PEDi

       Mempelajari cara penggunaan komputer.

       Mempelajari cara mencari maklumat secara betul dan berhemah.

       Mempelajari Ms. Office bagaimana untuk menaip surat dan sebagainya.

 

 Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       PEDi membantu kenali dunia ICT

       Memberi kelas tambahan serta membuat latihan bagi memahirkan penggunaan komputer.

–    Menambah idea dan dapat memperolehi resepi-resepi yang kreatif.